ADVOKASI AKTA KAWALAN BEKALAN 1961 DAN TAKLIMAT PENGUKUHAN UNDANG-UNDANG KPDNHEP KELANTAN

 

KOTA BHARU 29 Jun : Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Taklimat Pengukuhan Undang-undang dan Advokasi Akta Kawalan Bekalan (pindaan) 2022 KPDNHEP Kelantan bertempat di Bilik Seminar Misai Kucing, FAMA RTC Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Objektif diadakan bagi memberi pendedahan dan kefahaman serta mewujudkan keseragaman dalam tindakan dengan lebih terperinci mengenai prosedur dan garis panduan, pindaan-pindaan baru yang perlu dipatuhi sebelum, semasa serta berkaitan Akta Kawalan Bekalan 1961.
Untuk rekod kurang lebih 43 barang kawalan biasa yang dikawal, 13 barang kawalan berjadual dikawal secara rejim perlesenan atau permit selain itu dalam barangan kawalan lain 7 jenis barangan bersubsidi dikawal secara pentadbiran dan undang-undang oleh KPDNHEP keseluruhannya.
Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Wan Mohd Iqbal bin Wan Daud, Timbalan Ketua Sub Unit Analisa Bekalan, Seksyen Kawalan Bekalan, KPDNHEP Putrajaya dan dihadiri oleh 66 Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan keseluruhannya termasuk Ketua-ketua Cawangan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Negeri dan Cawangan disini hari ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …