APMM LABUAN PATAHKAN CUBAAN SELUDUP DADAH JENIS SYABU

WP LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM50,000.00 menerusi Op Sejahtera, Op Benteng Laut dan Op Kuda Laut, dua hari lalu.
Pengarahnya, Kapten Nudin Jusoh berkata, pihaknya mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan dalam perjalanan dari Menumbok ke Labuan.
Selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, suspek memecut botnya ke kawasan cetek sebelum turun melarikan diri ke kawasan paya bakau.
Pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan membawa kepada penemuan satu bungkusan plastik mengandungi bahan kristal yang dipercayai dadah methamphetamine seberat 900 gram dibungkus di dalam bungkusan teh cina.
Pasukan operasi kemudiannya membawa dadah bersama bot gentian kaca itu ke Jeti Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
Nudin berkata, usaha mengesan pemilik serta dalang yang terlibat akan dijalankan bagi memastikan pelaku jenayah dikenakan hukuman sewajarnya.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini boleh salurkan maklumat ke talian 087-427999,” katanya.
Kes disiasat bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
SUMBER: APMM LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …