SYABAS DAN TAHNIAH POLIS KUALA LUMPUR!

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2022 – YDH Ketua Polis Kuala Lumpur telah mengadakan sidang media berkenaan Perkembangan Siasatan Kes Penjenayah Tumpas oleh Bahagian Siasatan Khas (D9), JSJ Polis Kuala Lumpur. Pihak Polis telah berjaya menangkap (1) lelaki Cina berusia 35 tahun bekerja sebagai peniaga sayur yang dipercayai saki baki ahli kumpulan Tiger iaitu penjenayah ditembak mati pada 18 Jun 2022 yang lalu. Hasil siasatan, suspek menunjukkan sebatang paip PVC berukuran 150mm x 94cm dan berjaya merampas selaras senta jenis Colt M4 yang dipisahkan (dibalut dengan plastik lutsinar/ surat khabar) dan (2) kelopak serta (69) butir peluru jenis 5.56mm.
Suspek telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. Pihak Polis masih giat meneruskan siasatan dan risikan untuk mengesan saki baki ahli kumpulan dan juga senjata api.
Seterusnya, YDH KP KL meneruskan sidang media berkenaan Operasi Pusat Hiburan Oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur. Sejak tahun 2019 hingga Jun 2022, sebanyak 599 serbuan telah dilakukan di sekitar Kuala Lumpur. Seramai 2148 orang telah ditangkap serta pelbagai jenis dadah berjaya dirampas. Sepanjang tempoh tersebut, lebih dari 15 pusat hiburan yang mempunyai aktiviti dadah telah ditutup.

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …