SKIM AL-ZIWAJ: KELANTAN AMBIL BERAT KEPERLUAN NIKAH ANAK MUDA

 

KOTA BHARU – Skim Gerbang Az-Ziwaj mula diperkenalkan pada tahun 2011 bertujuan membantu golongan belia yang berpendapatan rendah untuk bernikah.
Melalui skim tersebut, Kerajaan Negeri memberikan setiap pasangan RM1,000 dalam bentuk cek dan individu tersebut boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Urus Setia Belia dan Sukan Negeri (U-BeS), kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan Negeri atau memuat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan).
Setiap tahun sebanyak RM3 juta diperuntukkan dengan melibatkan kira-kira 3,000 pasangan dengan pengantin lelaki akan diberikan bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.
Justeru, skim bantuan kewangan ini sebenarnya dapat membantu pasangan muda yang terpilih untuk melangsungkan perkahwinan berdasarkan ketetapan syarat yang telah disediakan.

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut