USAHA MENAGANI MASALAH ALAM SEKITAR PERLU PENGLIBATAN SEMUA – EXCO PERTANIAN

 

TANAH MERAH – Sebagai langkah dalam mendekatkan dan menyatupadukan masyarakat disemua peringkat dan lapisan dalam menangani isu alam sekitar, Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama CMNM Mining Group Sdn Bhd telah menjayakan Program 1RAS 1Pokok sempena perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2022, Ahad lepas.
Berucap merasmikan majlis, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, “Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak. Isu ini merupakan masalah yang perlu ditangani secara bersama kerana manusia dan alam sekitar mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Usaha menangani masalah alam sekitar tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi ia perlu didokong bersama oleh semua anggota masyarakat”.
Beliau juga mengajak semua pihak tidak kira agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi dan semua pihak perlu memainkan peranan dengan mengajurkan program-program untuk kesedaran kepentingan memelihara alam sekitar secara lestari di kalangan masyarakat. Penglibatan diri sebagai ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) adalah penting dan amat digalakkan bagi memberi peranan yang lebih aktif dan berkesan dalam kempen ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …