POLIS PULAU PINANG BERJAYA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN DARI TAIWAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa PDRM Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan sindiket penipuan penawaran pembelian barangan dari Taiwan secara dalam talian selepas pihaknya menyerbu sebuah premis di Batu Feringghi, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Sindiket itu dipercayai menjadikan sebuah banglo tiga tingkat sebagai pusat operasi menjalankan aktiviti haram sejak sebulan lepas. Menurut beliau, seramai 23 warga Taiwan terdiri daripada 17 lelaki dan enam perempuan yang bekerja dengan sindiket berkenaan telah ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Sumber : Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …