PPM WILAYAH TIGA RAMPAS ARAK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM 17,000.00

 

TOK BALI – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas sejumlah kotak dan tong jerikin arak seludup pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM 17,069.00 hasil serbuan di sebuah jeti nelayan di Pasir Puteh, Kelantan di sini.
Sepasukan anggota bersama pegawai dari Unit Risikan Marin PPMW3 Tok Bali yang sedang menjalankan Ops Kontraban bertindak menyerbu lokasi itu atas maklumat awam. Walaubagaimanapun, saspek dipercayai telah melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.
Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai 36 Kotak minuman keras jenama Tiger Beer, 9 kotak minuman keras jenama Larue, 19 kotak minuman keras jenama Tiger Crystal. 4 Kotak minuman keras jenama Tiger Crystal Chan Manh Ho Nam Bung No dan 17 tong jerikin minuman keras Samsu buatan Vietnam yang tidak bercukai.
Rampasan barang tersebut dibawa balik ke Markas Taktikal PPMW3 Tok Bali dan diserahkan kepada Jabatan Kastam Kota Bharu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …