JPJ PULAU PINANG MELAKSANAKAN OPS MOTOSIKAL DI PLAZA TOL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Aktiviti Penguatkuasaan Ops Motosikal telah dilaksanakan oleh Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang di lorong motosikal melibatkan tiga (3) buah plaza tol iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tol Sungai Dua dan Tol Juru.

Dalam operasi tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran, nombor pendaftaran fancy dan extreme, pengubahsuaian ekzos, tiada cermin sisi dan tidak mempamerkan pelekat P.

Sehubungan itu, penunggang dan pemilik motosikal dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang berkuatkuasa semasa bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sumber : Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …