PENGUSAHA INAP DESA PULAU PINANG BAKAL TERIMA PERUNTUKAN RM1JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Integrasi Nasional)

Balik Pulau: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bakal menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi merancakkan kembali sektor pelancongan inap desa di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah berkata, menerusi peruntukan tersebut, sebanyak 173 buah inap desa dan peserta membabitkan 10 kampung mendapat manfaat menerusi program promosi, latihan dan bimbingan selain program pengurusan yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk masyarakat luar bandar. Ia bertujuan membantu pengusaha inap desa selepas dua tahun terjejas Covid-19 dengan sebilangan kecil daripada mereka terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menanggung kos operasi.

Promosi untuk pelancongan inap desa tiada noktahnya dan akan teruskan usaha menerusi pelbagai medium bagi menggalakkan lebih ramai pelancong dalam dan luar negara memilih inap desa sebagai destinasi percutian.

Program yang dilaksanakan PERDA ini mampu mempromosikan semula inap desa selain memastikan pengusaha inap desa bersedia untuk kembali beroperasi pada peralihan fasa endemik sekali gus sebahagian daripada program mensejahterakan kampung.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut