PANTAU CCTV, RONDAAN KERAP DI JAMBATAN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Georgetown: Tiada kes bunuh diri dilaporkan berlaku di Jambatan Pulau Pinang dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini dan ia menunjukkan usaha yang diambil untuk menangani isu tersebut membuahkan hasil.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar berkata, rondaan kerap pihak berwajib termasuk pemantauan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berupaya mengawal insiden seumpama itu berulang sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera.

Selepas pertemuan pelbagai agensi bagi menangani isu tersebut dengan agensi berkaitan turun padang diketuai Ketua Polis Pulau Pinang bulan lalu, sudah tiada lagi kes sedemikian dilaporkan berlaku setakat ini.

Antara langkah drastik diambil termasuklah dengan memperbanyakkan rondaan dengan pihak bomba turut berganding bahu melakukan pemantauan terutamanya membabitkan kawasan ‘hotspot’ di Jambatan Pulau Pinang.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …