KPDNHEP PULAU PINANG TERIMA PERMOHONAN PENIAGA MAHU NAIKKAN HARGA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Butterworth: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang akan mempertimbangkan permohonan daripada beberapa peniaga di negeri ini yang meminta kebenaran untuk menaikkan harga jualan makanan dan minuman di premis mereka.

Peniaga berkenaan mendakwa bahan mentah yang diterima mereka daripada pembekal, harganya sentiasa berubah-ubah hingga ia memberi tekanan terhadap peniaga.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, A Mogan berkata, pihaknya akan memberi kebenaran untuk menaikkan harga sekiranya ia masih munasabah dan tidak terlalu membebankan pengguna.

Pada ketika ini, rata-rata premis makanan masih mengekalkan harga seperti asal walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah premis yang memohon kebenaran untuk menaikkan harga kerana bekalan yang diterima mereka harganya berubah-ubah.Bagaimanapun, KPDNHEP menasihati peniaga untuk mengekalkan dulu harga mereka dan jika hendak naikkan juga harga kita hanya benarkan sekiranya ia munasabah.

Mogan berkata, pihaknya berterima kasih kepada peniaga yang masih memberikan komitmen terhadap KPDNHEP dengan tidak menaikkan harga jualan mereka dalam mengurangkan bebanan rakyat.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …