DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Penggunaan telefon bimbit merupakan salah satu punca utama berlakunya kemalangan jalan raya. Masih ramai yang mengabaikan larangan penggunaan telefon bimbit walaupun sedar akan bahaya penggunaannya semasa memandu kenderaan. Pada 26 Jun 2022 yang lalu JPJ Pulau Pinang telah mengeluarkan saman ke atas pemandu kenderaan perkhidmatan barangan, KPB di KM 137 Lebuh Raya Utara Selatan ( PLUS ) akibat kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Kesalahan dibawah Kaedah 17 A(1) Kaedah-kaedah Lalu-lintas 1959.
Senario ini bukan lagi perkara asing. Walaupun kompaun RM300 bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit seakan sedikit pun tidak memberi kesan malah rata-rata pemandu masih bersikap tidak endah dan masih menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Sikap sedemikian boleh menyebabkan pemandu hilang fokus pemanduan di jalan raya, berbahaya kepada pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Sumber : Facebook JPJ Pulau Pinang