COVID19: KES BAHARU MENINGKAT, KEMATIAN MENURUN MINGGU LALU

Kes baharu harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kenaikan sebanyak 10.9 peratus iaitu 15,739 pada minggu epidemiologi (ME) ke-25 dari 19 hingga 25 Jun berbanding 14,195 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun bilangan kes kematian menunjukkan penurunan kepada 38.1 peratus iaitu 13 kes berbanding 21 kes pada minggu sebelumnya.
“Bilangan kes sembuh pada ME ke-25 pula meningkat sebanyak 33.8 peratus iaitu 10,524 kes kepada 14,078 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 11 peratus pada ME ke-25 berbanding minggu sebelumnya.
Jumlah kemasukan pesakit ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 28 peratus, dengan pesakit kategori 1 dan 2 meningkat 14 peratus manakala pesakit kategori 3, 4, dan 5 meningkat 45 peratus, katanya.
Katanya bagi trend kes aktif harian yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1 peratus pada akhir ME ke-25 berbanding pada akhir ME ke-24 iaitu dari 27,247 kes kepada 34,639 kes.
Dr Noor Hisham berkata purata nilai RT juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.9 peratus pada ME ke-25 berbanding ME ke-24.
Sehingga kini, katanya terdapat lapan kluster COVID-19 yang masih aktif dan dipantau di negara ini.
SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …