PROGRAM KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH (KUDAH) JPS WP KUALA LUMPUR BIL.4/2022

Tarikh: 24hb Jun 2022 (Jumaat)

Masa: 08.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat: Kolam Takungan Banjir Sungai Midah

KUALA LUMPUR, Jabatan Pengairan Saliran WPKL merancang utk melaksanakan aktiviti KUDAH setiap bulan sepanjang tahun 2022. Aktiviti kedua KUDAH dan aktiviti gotong royong membersihkan dataran sungai di sekeliling kawasan Kolam Takungan Banjir Sungai Midah telah dilaksanakan dan juga telah dirasmikan oleh Tn Hj. Mohd. Azmin bin Hussin, Pengarah JPS WPKL. Seramai 5 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam (UiTM Shah Alam), 15 orang dari Persatuan Penduduk Kg Malaysia Raya, Kg Malaysia Tambahan, Pangsapuri Sri Malaysia dan PPR Seri Malaysia, 3 orang pegawai PDRM dan 30 kakitangan JPS WPKL (termasuk SMART dan PLSK) telah menyertai aktiviti ini. Sebanyak 77kg sampah dan ranting-ranting telah berjaya dibersihkan.

Tahniah diucapkan kepada penyelaras program, Bahagian Pengurusan Sungai dan Sungai JPS WPKL serta pasukan urusetia KUDAH Bil 04/2022 iaitu dari Bahagian Pembangunan, JPS WPKL atas kejayaan meneruskan usaha KUDAH ini.

Semoga usaha ini dapat diteruskan seperti dirancang

Sumber : FB JPS WP KUALA LUMPUR

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut