PASANGAN SUAMI ISTERI MEREMPUH MPV KETIKA PULANG DARI PROGRAM PERHIMPUNAN MOTORSIKAL

————————————————————————————————-

DUNGUN, 27 JUN 2022

————————————————————————————————

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka, merempuh sebuah MPV yang dipercayai keluar secara tiba-tiba di simpang terbabit.di Jalan Kuala Terengganu -Kuantan, di Persimpangan Tanjung Jara  pada 25 Jun 2022. Dalam kemalangan jam 4.18 petang itu, Mohd Abdika Razali, 36, dan isterinya, Rabiatuladawiah Saufi, 36, yang menunggang motosikal berkuasa besar jenis Aprillia RSV4, maut di tempat kejadian. Dipercayai pasangan suami isteri ini dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Binjai Kemaman, selepas menghadiri perhimpunan motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu.

Mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Dungun dikatakan gagal membrek sebelum merempuh bahagian pintu kanan kenderaan terbabit sebelum kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu. Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang dipanggil ke tempat kejadian.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai sentiasa diingatkan agar berhati-hati dan tidak gopoh dalam pemanduan serta sentiasa memandu dengan mematuhi had yang ditetapkan.

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

KESELAMATAN DALAM NEGERI

   

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut