OP KUDA LAUT dan OP NAGA BARAT : SITUASI KEJAR MENGEJAR BOT NELAYAN ASING

————————————————————————————————
KUALA TERENGGANU
————————————————————————————————
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu berjaya menahan dua bot nelayan asing Vietnam bersama 20 kru pada jarak lebih kurang 128 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bot tersebut ditahan oleh Kapal Maritim yang sedang melaksanakan OP KUDA LAUT dan OP NAGA BARAT.
Kedua-dua bot nelayan tersebut disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran.
.
Dua puluh kru termasuk tekong berumur antara 18 hingga 54 tahun turut ditahan serta merampas hasil tangkapan laut, bekalan diesel, bot dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai hampir RM3 juta.
Bot serta 20 kru dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963.
Semasa ditunda, berlaku cubaan untuk menggagalkan penahanan bot daripada dibawa ke jeti oleh kru Vietnam, namun berjaya ditangani pasukan operasi. Proses membawa bot tahanan ke Jeti Maritim Negeri Terengganu mengambil masa lebih 40 jam.
.
Dipohon kerjasama masyarakat terutama nelayan tempatan untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Negeri Terengganu.
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH
———————————————————————

sumber video : Info Bencana Terengganu, APMM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut