PROGRAM MELABUHKAN TUKUN DI PERAIRAN TAMAN LAUT PULAU KAPAS.

———————————————————————————————————-
KUALA TERENGGANU, 26 JUN 2022
———————————————————————————————————-
Sebanyak 8 unit tukun tiruan konservasi yang dilabuhkan bernilai RM270 ribu melalui peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan dan akan disusuli dengan 18 unit tukun penghalang pukat tunda yang dijangka akan dilabuhkan pada September ini di perairan Dungun dan Kemaman melibatkan kos RM 0.5 juta menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
.
Program melabuh tukun hari ini di perairan Taman Laut Pulau Kapas bukanlah kali pertama yang Kerajaan Negeri laksanakan. Malah, pada 2021 sebanyak 57 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di 6 daerah Terengganu yang melibatkan jumlah peruntukan RM1.394 juta. Dan pada tahun 2020 sebanyak 16 tukun tiruan kuboid penghalang pukat tunda dilabuhkan di perairan Kuala Terengganu dan Besut dengan peruntukan RM 0.5 juta. Tahun 2018 dan 2019 juga sebanyak RM 1 juta telah diperuntukan untuk program melabuh tukun di perairan Laut Besut, Kuala Nerus dan Setiu.
.
Usaha ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk memperkaya sumber perikanan sekali gus untuk rakyat khususnya buat 8,635 orang nelayan Negeri Terengganu. Ia juga merupakan usaha jangka panjang bagi menangani isu kekurangan sumber dan pendapatan nelayan seterusnya meningkatkan sosioekonomi rakyat Negeri Terengganu dalam memastikan sekuriti makanan adalah terjamin dan mencukupi.
NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN (SEKURITI MAKANAN)

Gambar ihsan dari : Media MB Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …