KOMPLEKS SUKAN BUKIT MERBAU BERNILAI RM207 JUTA MULA DIBINA BULAN JANUARI 2023

 

PASIR PUTEH: Kompleks Sukan Bukit Merbau bernilai RM207 juta yang terletak di Pasir Puteh akan mula dibina Januari tahun hadapan.
Ia bakal menjadi lokasi utama pertandingan bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 yang diadakan pada 2026.
Kompleks sukan di kawasan seluas 66.4 hektar merangkumi stadium tertutup, padang hoki, tenis, dan padang sintetik itu sebagai persediaan Kelantan sebagai tuan rumah Sukma 2026.
Kompleks ini mampu memuatkan sehingga 30,000 penonton dan pada masa sama, pembinaan kompleks sukan ini secara tidak langsung juga akan merancakkan lagi pembangunan sukan di Kelantan.
Kompleks sukan ini juga dijangka siap 6 bulan sebelum Sukma berlansung.
– Jun 2022 –
Foto 1: Hanya contoh lakaran stadium luar
Foto 2-4 : Lakaran asal projek dari Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2013

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …