PESONA DABONG PUKAU DELEGASI HMA

 

DABONG – 350 delegasi muzium dari seluruh Malaysia terpesona dengan keindahan alam semulajadi di Hulu Kelantan.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2022, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim mengakui terpesona dengan keindahan Dabong sejurus sampai di Gua Ikan.
Beliau berlepas dari Stesen Kereta api Wakaf Bharu mengunakan kereta api lapan gerabak untuk mengikuti Program Muzium Bersama Komuniti yang diatur khas oleh urus setia bagi memeriahkan aktiviti hari kelima menerusi “Train To Dabong”.
Ketibaan mereka di Stesen Kereta api Dabong disambut meriah oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB Mejar ( B ) Dato’ Md Anizam Ab Rahman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong YB Ku Zaki Ku Hussin.
Antara aktiviti yang diatur sepanjang berada di Dabong ialah lawatan ke Gua Ikan, persembahan seni silat, sukan rakyat, kempen derma darah, pameran oleh agensi jabatan kerajaan, gerai jualan IKS masyarakat tempatan dan jamuan rakyat tradisi masyarakat Dabong iaitu gulai kawah kerbau bersama sambal pijat.
Selain itu, warga delegasi juga berpeluang menonton pelumbaan perahu oleh masyarakat tempatan di Sungai Dabong.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …