MAIWP BANTU BAIKI RUMAH KEPADA PUAN ZURAIFAH Di KAMPUNG GANGGARAK WP LABUAN

WP LABUAN – MAIWP Labuan telah menyantuni ahli keluarga Puan Zuraifah binti Zainal, 42 tahun yang berstatus ibu tinggal (janda) di rumah kediamannya di Kampung Ganggarak WP Labuan.
Hasil lawatan dan pemeriksaan visual pihak MAIWP ke rumah beliau sebelum ini mendapati hampir keseluruhan bumbung dan siling rumah telah mengalami kerosakan dan kebocoran selain sebahagian struktur dinding yang menggunakan konkrit serta sebahagian kecil menggunakan papan lapis turut mengalami kerosakan.
Kini, beliau berasa bersyukur dan dapat menarik nafas lega kerana permohonan beliau untuk membaiki rumah telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal (JKB) MAIWP di Kuala Lumpur berjumlah RM28,000.00 setelah kerja-kerja tapisan akhir siap dilaksanakan untuk pertimbangan. Kerja2 pembaikan dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh MAIWP.
Simbolik bantuan baiki rumah dan bakul makanan telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Radzaleih bin Matusin, Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan kepada anaknya bagi mewakili pihak ibunya.
Terima Kasih Pembayar Zakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
SUMBER: MAIWP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …