MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) PERINGKAT JPJ NEGERI KELANTAN

 

Kota Bharu – 21 Jun 2022 :
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan telah melaksanakan Majlis Ikrar Rasuah (IBR) peringkat JPJ Negeri Kelantan bertempat di Bilik Mesyuarat JPJ Negeri Kelantan.
Perlaksanaan IBR ini adalah sebagai komitmen Jabatan untuk mencegah dan membudayakan antirasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam jabatan.
Majlis IBR di hadiri seramai 11 orang adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan yg baru melaporkan diri di JPJ Negeri Kelantan pada hujung tahun 2021 dan pada tahun 2022.
Bacaan lafaz ikrar Bebas Rasuah dilafazkan oleh semua kakitangan di hadapan YBrs. Tuan Mohd Misuari Bin Abdullah Pengarah JPJ Negeri Kelantan. Anggota dan kakitangan telah menandatangi IBR bersaksikan dihadapan YBrs. Tuan Pengarah.
JPJ Negeri Kelantan telah selesai melaksanakan IBR sebagai mana Arahan Jabatan Bil. 5/2021; Polisi Antirasuah Jabatan serta keperluan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) yang telah ditetapkan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …