25 MUZIUM KINI DI KOTA BHARU

 

KOTA BHARU – 25 muzium dari seluruh Malaysia kini berkampung dan membuat pameran di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad ke IV bermula 19 Jun hingga 25 Jun sempena menyambut Hari Muzium Antarabangsa (HMA) Peringkat Kebangsaan.
Kelantan sebagai tuan rumah mengalu-alukan kunjungan orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam untuk melihat pelbagai aktiviti menarik di setiap reruai seperti di reruai Muzium Telekomunikasi Negara, Muzium Tentera Darat, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Jabatan Muzium Sarawak dan banyak lagi.
Kurator Unit Pendidikan, Bahagian Pameran dan Pengembangan, Jabatan Muzium Malaysia, Fadliatun Azmi ketika ditemui semalam berkata, sempena dengan tema HMA tahun 2022 iaitu ‘Keunggulan Muzium’ atau ‘The Power of Museums’ setiap agensi atau jabatan yang mengambil bahagian mempersembahkan pameran yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu kuasa dalam mencapai kemampanan, kuasa berinovasi dalam pengdigitalan dan kebolehcapaian; dan kuasa dalam membina komuniti dalam pendidikan.

Artikel/Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jom Derma …

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …