KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI PENGUAT KUASA NEGERI, KPDNHEP NEGERI KELANTAN KEPADA PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 8, PASUKAN GERAKAN AM, POLIS DIRAJA MALAYSIA

 

KOTA BHARU 21 Jun : Kunjungan Hormat oleh YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan kepada Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am, YDH Supt. Mat Shukor bin Yusof.
Kunjungan diadakan bertempat di Batalion 8, Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.
Objektif bagi membincangkan berkenaan isu-isu semasa, tugas-tugas penguatkuasaan seterusnya mengenai gerak kerja membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan di sempadan negara.
Dalam kunjungan tersebut YBrs. Tuan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan dan mengukuhkan jalinan kerjasama erat serta komited diantara agensi dalam tugasan penguatkuasaan masing-masing.
Kunjungan berakhir dengan pertukaran Cenderamata Kenangan di antara KPDNHEP dan PGA Batalion 8, PDRM.

Artikel/Berita Terkini

DBKK KELUARKAN DUA KOMPAUN LIBATKAN PREMIS HIBURAN

PERIKSA: Anggota dari Jabatan Pelesenan DBKK menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis hiburan dalam operasi itu.Β Gambar ihsan DBKK KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut