KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI PENGUATKUASA DAERAH, KPDNHEP CAWANGAN TANAH MERAH KE MARKAS TAKTIKAL, POS RENAP BUKIT BUNGA

 

TANAH MERAH 21 Jun : Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Tanah Merah, YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, telah membuat kunjungan hormat kepada Lt. Kol Khairul Izwan bin Jamaludin, Pegawai Memerintah, Batalion Ke 3 Rejimen Sempadan Kem Pengkalan Hulu di Pos Renap, Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Kunjungan hormat diadakan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim antara dua agensi, seterusnya membincangkan kerjasama penguatkuasaan serta isu-isu semasa di sempadan melibatkan perundangan penguatkuasaan KPDNHEP.
Turut diadakan Penyampaian Buku Garis Panduan Penerimaan Kes daripada Agensi Luar garis panduan penerimaan dan seterusnya mengadakan perbincangan berhubung soal keselamatan di sempadan.
Dalam kunjungan tersebut YBrs. Tuan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, Cawangan Tanah Merah, menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan dan mengukuhkan jalinan kerjasama erat serta komited diantara agensi dalam tugasan penguatkuasaan masing-masing.

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Panggilan untuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut