MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TAKLIMAT E-PEROLEHAN PEJABAT KPDNHEP NEGERI KELANTAN

 

KOTA BHARU 21 Jun : Seksyen Pentadbiran, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Taklimat E-Perolehan Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan bertempat di Kolej Poly-Tech Mara, Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.
Objektif pelaksanaan bagi memastikan warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan mendapatkan pendedahan dan pembelajaran maklumat Integriti dalam perolehan kerajaan, kaedah pengurusan pembelian terus, sebut harga, peranan ahli jawatankuasa sebut harga serta isu permasalahan sebut harga.
Untuk rekod taklimat telah diadakan kepada 30 warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan berlangsung selama dua hari.
Turut hadir memberikan taklimat YBrs. En. Mohd Sabri bin Mohd Zain, dari Kementerian Kewangan, Pejabat Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan.
Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Taklimat E-Perolehan Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Timbalan Pengarah Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama YBrs. Puan Suhaida binti Suhaimi, Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, YBrs. En. Nik Aziz bin Nik Man, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …