PETAK KUNING DITANDA DI 12 PASAR AWAM IPOH

IPOH –  Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil inisiatif dengan menandakan beberapa petak kuning di beberapa pasar awam, dekat sini. Jurucakap MBI berkata inisiatif itu diambil bagi memastikan penjarakan selamat 1 meter dapat diamalkan oleh orang ramai ketika berkunjung ke pasar-pasar awam tersebut.

Kerja-kerja menandakan petak kuning itu mula dilakukan sejak 11 April dan akan berakhir pada 13 April 2020. Usaha ini bertujuan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung dalam mematuhi penjarakan selamat semasa melakukan aktiviti di pasar awam.

Sumber berita : Perak Today

Kerja-kerja penyediaan petak kuning sedang dilakukan – Kredit Foto : Perak Today

 

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …