KEMPEN DERMA DARAH OLEH JAB. SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, BUKIT AMAN

Pusat Darah Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di atas penganjuran kempen derma darah pada 20 Jun 2022 sempena memperingati Hari Polis ke-215.

Seramai 365 orang penderma telah berjaya menderma darah dan sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perjuangan wargakerja Polis Diraja Malaysia bukan hanya menjaga kesejahteraan negara malah menjangkau kehidupan sosial masyarakat.

Tahniah dan syabas kami ucapkan!

Semoga usaha murni ini menyuntik semangat para penderma yang lain untuk terus membantu pesakit-pesakit yang memerlukan pada masa hadapan.

SUMBER: FB PUSAT DARAH NEGARA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA   https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut