IMEJ BANDAR BAHAGIA JELI TERUS DIPELIHARA

 

JELI – Kempen Kelantanku Bersih terus diperkasakan dengan mewujudkan Zon Bersih, Indah dan Ceria di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Zon ini diwujudkan sejajar dengan pengiktirafan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memperakui Jeli antara 10 Bandar Bahagia 2019 melalui PLANMalaysia.
Suasana bersih, ceria dan pencahayaan yang meriah menjadi subjek utama bagi memastikan status tersebut kekal.
Majlis Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria bersempena Jelajah Kelantanku Bersih peringkat Majlis Daerah Jeli (MDJ) disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin di perkarangan landskap bersebelahan Masjid Sultan Muhammad l, Bandar Jeli, Khamis lalu.
“Imej Jeli sebuah bandar bersih perlu dijaga sebaik mungkin. Sesuatu yang boleh dibanggakan, Daerah Jeli telah menyahut seruan agenda Kelantanku Bersih dengan begitu baik sekali. Papan-papan tanda zon kebersihan membawa mesej yang jelas, landskap yang rapi, bahu-bahu jalan diselenggara dengan baik, rumah sampah dimanfaatkan sebaik mungkin di samping jadual pungutan sampah tersusun,” tulisnya di laman media rasmi.
Dr Izani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang turut mengucapkan tahniah kepada warga MDJ.
Landskap yang dirasmikan itu mempunyai maksud tersendiri melalui motif buah-buahan tempatan, pokok periuk kera dan air pancut.

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …