PROJEK STRUKTUR TEBING SUNGAI POHON CELAGI 93 PERATUS SIAP

 

PASIR MAS – Projek pelaksanaan segera akibat bencana runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, kini sudah mencapai kemajuan fizikal 93 peratus.
Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ahmad Fadhli Shaari berkata beliau berpuas hati dengan laporan terkini yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS) Negeri Kelantan pada minggu lalu.
Menurutnya, antara kerja-kerja yang siap meliputi skop penambakan batu di tebing sungai dan penambakan pasir yang membabitkan kerja-kerja penyedutan dan penambakan pasir telah siap serta penghantaran pasir ke kawasan penambakan batu.
Beliau juga sempat meninjau rumah pam membabitkan sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) yang mencapai 85 peratus dan ujian untuk peralatan M&E di kilang telah mencapai 65 peratus.
β€œStruktur tembok banjir juga sudah 10 peratus siap. Manakala unit-unit struktur pra tuang konkrit (pre-cast) untuk longkang sudah pun siap sepenuhnya,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Cabaran Motocross Terbuka Kelantan 2022 di Litar Teluk Kerengga, Paloh Tendong, semalam.

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut