KELANTAN KOMITED BANGUNKAN KAWASAN EKOPELANCONGAN

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri amat menyokong dan memberi komitmen dalam membangunkan kawasan-kawasan ekopelancongan yang ada di negeri Kelantan yang sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan alam semulajadi.
Demikian ucapan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, YB Mejar ( B ) Dato’ Md Anizam Ab Rahman ketika merasmikan Majlis Pembukaan Seminar Ekspedisi Saintifik Pergunungan Lojing Negeri Kelantan Tahun 2022 di Grand Renai Hotel, hari ini.
Menurut beliau seminar tersebut adalah kesinambungan daripada pelaksanaan ekspedisi yang telah dijalankan pada 9 hingga 14 Mac 2022 lalu, yang melibatkan lima kawasan pendakian terkenal di Negeri Kelantan iaitu Gunung Yong Yap, Gunong Tok Nenek, Puncak Badak, Gunong Yong Belar dan Gunung Bubu yang berada di dalam Hutan Simpan Lojing.
“Hasil daripada ekspedisi tersebut, para penyelidik akan membentang dan membincangkan semua hasil penemuan mereka di dalam seminar yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini hingga 22 Jun nanti,” katanya.
Beliau juga mengharapkan agar segala resolusi dan cadangan pelaksanaan daripada seminar tersebut dapat disampaikan kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemampanan hutan dan membangunkan kawasan pergunungan sebagai ekopelancongan terkemuka di negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PENYUSUAN SUSU IBU: KURANG SUSU ATAU KURANG ILMU?

Minggu Penyusuan Susu Ibu merupakan satu usaha penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu …

TIPS KESELAMATAN AKTIVITI MENYELAM

Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim …

KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika …