KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI PENGUAT KUASA NEGERI, KPDNHEP NEGERI KELANTAN KEPADA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA, NEGERI KELANTAN

 

PASIR PUTIH 20 Jun : Kunjungan Hormat oleh YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan kepada Komander Maritim, Khairun Dalilah binti Baharin, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di Pejabat APMM Negeri Kelantan, Tok Bali Pasir Putih, Kelantan disini hari ini.
Dalam sesi tersebut, YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan dan Komander Maritim, Khairun Dalilah binti Baharin, Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Kelantan membincangkan berkenaan isu-isu semasa, tugas penguatkuasaan selain itu perbincangan mengenai membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan di sempadan negara.
Dalam kunjungan tersebut YBrs. Tuan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan dan mengukuhkan jalinan kerjasama erat diantara agensi dalam tugasan penguatkuasaan masing-masing.
Lawatan berakhir dengan pertukaran Cenderamata Kenangan di antara KPDNHEP dan APMM.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Raja Zul Adli bin Raja Yaacob, Ketua Unit Pengurusan Perancangan Strategik, diiringi YBrs. Tuan Faisal bin Hussain, Ketua Unit Bekalan dan YBrs Tuan. Shahrilizal bin Mohamed Isa, Timbalan Ketua Unit Pengurusan Perancangan Strategik, KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …