210 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN

 

RANTAU PANJANG 20 Jun : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Cawangan Pasir Mas telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8, berhubung penyeludupan barang kawalan disini hari ini.
Rampasan telah dilakukan keatas bahan bakar didalam 7 tong jerikin, satu tong drum, dan satu mesin penyedut dan minyak petrol anggaran sebanyak 210 liter dengan nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 451.50.
Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan berumur 20an serta sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia anggaran nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 3000.00 dan kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …