PROGRAM MURAL KOMUNITI JALAN TIONG NAM

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Unit Urbanisasi Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) dengan kerjasama STEG HOTEL telah menganjurkan Program Mural Komuniti di Jalan Tiong Nam. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Tuan SR Zamizi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKB.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menaiktaraf lorong belakang disamping mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan baik antara pihak DBKL, pemilik bangunan, dan komuniti setempat.

Seramai 61 jumlah sukarelawan yang terdiri daripada pelajar universiti UTM KL, New Era University College, Aswara Malaysia, UPM, UIAM, UM, UCSI dan IUKL telah menyertai program mural ini.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

SELAMATKAN DIRI DENGAN UBAH KEPADA GAYA HIDUP SIHAT

Kesihatan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak …
Maklumat Lanjut

KEPKAS AMBIL TINDAKAN SUSULAN INSIDEN PELANCONG CHINA CEDERA AKTIVITI PARAGLIDING DI RANAU

KOTA KINABALU (30 April): Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui agensinya Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang membuat susulan berhubung …
Maklumat Lanjut

PESTA KAAMATAN MENGINGATKAN SEMUA UNTUK BERUSAHA LEBIH GIAT LAGI: HAJIJI

RANAU (1 Mei): Sambutan Pesta Kaamatan memberi peringatan kepada semua pihak untuk berusaha dengan lebih giat lagi bagi meningkatkan keberhasilan …
Maklumat Lanjut