RIDER GRAB FOOD PRIHATIN DENGAN NASIB GELANDANGAN

 

Sikap prihatin Rider Grab Food wajar dipuji

IPOH 8 April 2020 –  Sekumpulan 30 orang Rider Grab Food kelihatan mengedarkan makanan kepada  gelandangan di sekitar Ipoh. Usaha murni rider grab food ini dilakukan sebagai tanda simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik sepanjang tempoh pelaksanaaan PKP yang dilaksanakan pada masa ini. Aktiviti mereka bermula pada jam 4.00 petang dan dilakukan sekali atau dua kali seminggu.

Apa yang lebih menarik, menurut salah seorang rider yang menyertai aktiviti ini memaklumkan bahawa  sumbangan yang diberikan kepada gelandangan tersebut adalah hasil kutipan antara mereka sendiri. Mereka turut menitikberatkan soal keselamatan apabila memakai penutup muka dan menggunakan sanitizer semasa melaksanakan urusan pembahagian makanan tersebut.

Semoga usaha murni yang ditunjukkan oleh anak muda ini akan menjadi inspirasi kepada masyarakat kita di luar sana untuk turut membantu dan prihatin terhadap insan-insan yang kurang bernasib baik.

Antara rider yang terlibat dalam aktiviti mengedarkan makanan kepada gelandangan

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut