KERATAN AKHBAR PILIHAN: SASAR REKRUT PELAJAR SEKOLAH

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2022 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pelajar sekolah merupakan salah satu sasaran untuk direkrut menjadi ahli kumpulan kongsi gelap.

“la bagi meningkatkan kekuatan atau jumlah keanggotaan sesebuah kumpulan kongsi gelap tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kebiasaannya pembabitan segelintir pelajar ke dalam kongsi gelap itu terdiri daripada pelajar yang mempunyai masalah disiplin atau daripada keluarga bermasalah.

Dato’ Sri Abd Jalil berkata, Polis Diraja Malaysia turut mengadakan program pencegahan bersama pihak sekolah seperti mengadakan ceramah atau program kesedaran, pemantauan dan bimbingan terhadap pelajar bermasalah.

“Kita turut mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis di setiap sekolah untuk berkongsi maklumat dan tindakan bagi mengatasi penglibatan pelajar sekolah dalam kongsi gelap.

Sumber: Laman FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …