GOTONG-ROYONG MEGA 1.0 DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN LEMBAH PANTAI TAHUN 2022

GOTONG-ROYONG MEGA 1.0 DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN LEMBAH PANTAI TAHUN 2022Tarikh: 12 Jun 2022 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi

Lokasi: Apartment Delima

Gotong-royong (GORO) Mega dan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah dilaksanakan pada pagi ini dengan kehadiran lebih 200 orang dan disempurnakan oleh Dr.Fatimah Ahmad Fauzi, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Lembah Pantai.

Di samping aktiviti GORO dan Cari & Musnah, terdapat aktiviti kesihatan yang lain seperti pameran denggi, ceramah denggi, kuiz, saringan kesihatan, kaunseling dan juga ujian pap-smear bagi wanita. Pelbagai agensi dan NGO yang terlibat dalam menjayakan GORO Mega kali ini seperti Persatuan Penduduk, DBKL dan Alam Flora. Ribuan terima kasih diucapkan.

Sokongan dan kerjasama dari penduduk dan NGO setempat sangat menggalakkan dalam menangani penularan wabak demam denggi juga Chikungunya. Lokaliti ini merupakan lokaliti hotspot bagi wabak demam denggi. Semoga dengan aktiviti GORO dan Cari & Musnah sentiasa dilaksanakan agar wabak ini dapat diputuskan.

Tahniah kepada semua & teruskan usaha murni ini!

#jomsihatlembahpantai

#KolompoSihat

#CariDanMusnah

#goromega

#haridenggiasean

#sihatmilikku

Sumber : FB JOM SIHAT LEMBAH PANTAI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …