DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)
YBhg. Dato’ Azhar bin Hj Arshad, Datuk Bandar Seberang Perai bersama Ketua Jabatan dan pegawai kanan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meninjau keadaan semasa operasi rumah pam MBSP iaitu di Rumah Pam Perai A & B bagi melihat kelengkapan jentera di rumah pam berkenaan agar sentiasa bersedia dan berfungsi dengan baik untuk persediaan awal para petugas bagi menghadapi fenomena La Nina yang diramal berlarutan sehingga hujung tahun ini.
Lawatan tapak bagi Siri Ke-7 ini merupakan salah satu kaedah โManagement by Walking Aroundโ (MBWA) bertujuan memantau keadaan sebenar di tempat-tempat seliaan MBSP bagi merancang penambahbaikan yang boleh dibuat pada masa hadapan untuk kemudahan kepada penduduk Seberang Perai.
Pemantauan juga turut dibuat di Pusat Servis Kenderaan Berat (PUSKEB) MBSP, Depo Pembersihan Bagan Lalang dan kawasan kawalan MBSP di Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Perai.