KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA 303 SIRI 1/2022

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2022 – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah menganjurkan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1984 [Akta 303] Siri 1/2022 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Program ini telah disertai oleh sekitar 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, wakil jabatan dan bahagian berkaitan serta pegawai dan kakitangan BPPK selaku urus setia.

Dalam kelas pada kali ini, penceramah jemputan iaitu YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menyentuh dan menghuraikan peruntukan Seksyen 56, Akta 303 iaitu tentang mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut, dan juga Seksyen 57 iaitu tentang hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh.

YAA Dato’ Setia Dr. juga turut menyentuh beberapa seksyen serta akta lain yang berkaitan di samping turut menjawab persoalan yang timbul dalam kalangan para peserta berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju‘ yang sering menjadi rujukan oleh masyarakat umum.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI   https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut