MAJLIS MENANDATANGANI MOU DI ANTARA PBSM DAN PUSAT DARAH NEGARA

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) yang diwakili oleh Tuan Haji Hakim bin Haji Hamzah, Setiausaha Agung BSMM dan Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili oleh Dr Afifah Hj Hassan telah diadakan pada 14 Jun 2022 bertempat di Galeri BSMM, Ibu Pejabat Kebangsaan PBSMM.

Majlis ini turut disaksikan oleh YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Kebangsaan BSMM dan Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara.

Diharap dengan termeterinya MoU ini akan mengeratkan kerjasama diantara PDN dan Tabung Darah negeri bersama PBSMM dalam membantu meningkatkan kutipan darah di negara kita.

 

SUMBER: FB PUSAT DARAH NEGARA  https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut