MG COOP MART BUKA CAWANGAN BAHARU DI TUMPAT

 

TUMPAT – Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) terus mengorak langkah ke hadapan dalam bidang peruncitan dan borong apabila berjaya membuka cawangan ke-13 Pasaraya Coop Mart dan Kedai Emas Makmur Gold (MG) cawangan ke-9 di Bandar Bentara Tumpat.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan YB Dato’ Hanifa Ahmad berharap perniagaan ini terus berkembang dengan lebih pesat dan mendapat sokongan daripada semua penduduk di kawasan Tumpat untuk membeli dan seterusnya dapat menguar-uarkan kepada orang ramai.
Terdahulu, MG Coop Mart menawarkan pelbagai keperluan runcit dengan harga yang berpatutan kepada pengguna, sekaligus berpeluang mengumpul ganjaran dengan setiap pembelian di pasaraya berkenaan dan dapat ditebus dengan emas di mana-mana cawangan emas Makmur Gold.
Rangkaian pasaraya Makmur Gold itu juga diusahakan mengikut fikrah tijarah bagi memastikan ia mematuhi syariah dengan menitikberat pembayaran zakat selain tidak menjual produk yang membawa kemudaratan seperti rokok dan lain-lain.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut