OPS KHAS KONTENA OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Ops Khas Kontena dengan sasaran kesalahan teknikal dan lain-lain kesalahan. Penguatkuasaan ini diadakan di laluan utama KPB kontena di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.

Tujuan Operasi ini adalah bagi memastikan semua pemandu dan pengusaha Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) khususnya lori kontena mematuhi peraturan dan undang-undang serta Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan 1959 serta kenderaan selamat digunakan di jalan raya. Operasi ini memberi fokus utama terhadap penyelenggaraan ‘twist lock’, penggunaan tayar celup yang tidak menepati kelulusan sirim, lampu brek dan isyarat, cermin gelap tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, ‘strobe light’ dan lain-lain kesalahan teknikal serta kesalahan pelesenan memandu dan juga pelesenan kenderaan.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …