KEBAKARAN DI PASAR DATUK KERAMAT

KUALA LUMPUR, 11 JUN 2022 – Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 01:30hrs, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian. Keluaran pasukan operasi daripada BBP KERAMAT serta bantuan dari BBP Hang Tuah, BBP Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak, BBP Setapak bersama 5 jentera FRT, 1 jentera LFRT, 2 jentera Water Tanker, 1 jentera ALP, 2 EMRS dan 3 RIM dengan kekuatan 47 orang anggota.

Menurut Komander Operasi PKPgB MOHD FAHMI BIN ABDUL RAHIM. Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 1:41 pagi keadaan api sangat marak. Kebakaran melibatkan lot kedai yang berkeluasan 80 x 120 kaki persegi dan anggaran kemusnahan kebakaran sebanyak 50 peratus. Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran terbakar dan dianggarakan musnah 10 peratus. Kebakaran marak dengan besar disebabkan bahan binaan kedai berkenaan yang terdiri daripada kayu.

Dengan kepantasan anggota bomba membuat pemadaman mengunakan kaedah pemadaman secara offensive firefigthing dengan memasuki premis dan defensive firefighting pemadaman dari luar bangunan telah mengelakkan kemusnahan yang lebih besar.

Kebakaran telah berjaya di kawal pada jam 02:11 dan tiada mangsa yang terlibat. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

SUMBER: FB BOMBA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/bomba.kualalumpur

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024 • 1 lokaliti di daerah Jeli • 2 lokaliti di …
Maklumat Lanjut

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut