KUSKOP SEDIA BANTU PENGGERAK INDUSTRI PERBUKUAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca Krisis Pandemik)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membuka pintu seluas-luasnya untuk membantu usahawan industri perbukuan, khususnya selepas menempuh tempoh dua tahun yang suram akibat pandemik COVID-19.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata KUSKOP mempunyai memiliki 11 agensi yang boleh menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada pemain industri perbukuan, sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun geran.

Beliau turut mengingatkan pemain industri perbukuan yang menjadi mangsa banjir tampil bertemu Kementeriannya untuk mendapatkan bantuan khas kepada usahawan yang terkesan dengan bencana itu.

Bagi pinjaman tidak melebihi RM100,000, usahawan boleh berurusan dengan TEKUN NASIONAL manakala bagi pinjaman tidak lebih daripada RM10 juta, ianya diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan sekiranya ianya melibatkan jumlah yang lebih besar, para usahawan boleh berurusan dengan SME Bank atau Bank Rakyat.

Beliau berharap agar usahawan yang terbabit dalam dunia perbukuan tampil dan KUSKOP akan memberi sokongan dalam usaha melahirkan bangsa usahawan di Malaysia.

Menurut beliau lagi, Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta kepada KUSKOP bagi membantu usahawan yang terkesan dengan banjir. Beliau menyeru agar mana-mana usahawan atau yang terbabit dalam percetakan buku menjadi mangsa banjir, untuk berurusan dengan KUSKOP.

Usahawan mikro perbukuan yang terkesan banjir juga boleh datang berjumpa KUSKOP dan i geran RM3,000 disediakan untuk meringankan beban mereka.

Sumber:

Berita Harian | Bernama

 

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut