PROJEK HIDROELEKTRIK NENGGIRI, KESEJAHTERAAN RAKYAT DIUTAMAKAN – MB

 

GUA MUSANG – Projek Hidroelektrik Nenggiri yang bernilai RM5 billion sudah memasuki fasa pembinaan bermula 1 Mac lalu. Projek tersebut dilaksanakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) yang bakal menjana 300MW apabila siap pada tahun 2026.
Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, projek ini akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri khususnya di Gua Musang.
Menurutnya, semasa fasa pembinaan, projek ini akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk dan kontraktor tempatan. Manakala semasa fasa operasi kelak ia akan mewujudkan peluang eko pelancongan dan aktiviti rekreasi serta berpotensi sebagai lokasi akuakultur. Hal ini akan meningkatkan sosioekonomi Orang Asli dan masyarakat tempatan.
Dato’ Ahmad turut memaklumkan, pembinaan projek hidroelektrik Nenggiri bakal membentuk tasik takungan utama seluas 53.84 kilometer persegi dan kolam pengatur aliran seluas 0.97 kilometer persegi yang mampu menebat banjir dan memberi manfaat perbekalan air bersih serta penambahbaikan pengairan untuk pertanian.
Oleh itu, beliau bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hasan atas sokongan padu terhadap satu lagi projek hidroelektrik di Kelantan selepas stesen Janakuasa Hidroelektrik Pergau.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …