PUSAT BELIA TARAF ANTARABANGSA RM45 JUTA DIBINA DI BERTAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA : TADBIR URUS YANG BAIK

Sebuah pusat belia dilengkapi stadium mini bertaraf antarabangsa bernilai RM45 juta akan dibina di kawasan Paya Keladi selepas peruntukannya diluluskan dan kini di peringkat Kementerian Kewangan.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pusat belia itu akan dibina di atas tanah berkeluasan 10 hektar yang lengkap dengan kemudahan untuk aktiviti riadah dan sukan. Ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Apabila siap kelak, pusat itu akan mempunyai sebuah mini stadium yang moden dilengkapi lampu limpah, padang sintetik dan trek. Padang biasa pula untuk latihan balapan dan ada juga arena tertutup untuk sukan seperti bola keranjang dan badminton.

Selain itu, terdapat juga kemudahan untuk  arena ‘e-sport’ (sukan elektronik) yang mempunyai fasiliti bertaraf antarabangsa  yang jika ada sebarang kejohanan di Pulau Pinang maka boleh dianjurkan di pusat belia ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berkata, sebuah penginapan atau asrama bercirikan kabin yang dilengkapi dengan kafe ‘hipster’ juga akan dibina di pusat belia berkenaan.

Sumber:

Harian Metro

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …