MESYUARAT CLOSING THE LOOP PLASTIC MARINE WASTE ACTION PLAN

DATUK BANDAR MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT CLOSING THE LOOP PLASTIC MARINE WASTE ACTION PLAN

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2022 – Datuk Bandar Kuala Lumpur telah mempengerusikan Mesyuarat Closing The Loop Plastic Marine Waste Action Plan, di mana DBKL bersama-sama UNESCAP, Urbanice Malaysia, KPKT, IGES dan Japan Space System, telah menyediakan laporan dan pelan tindakan bagi menjadikan Kuala Lumpur “Zero Plastic Leakage Kuala Lumpur” menjelang 2030.

Pelan Tindakan yang sudah siap dirangka ini dijangka akan menbantu DBKL dan agensi-agensi sahabat, serta semua stakeholders memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing, bagi memastikan alam sekitar kita terjaga dan bersih dari pembuangan sampah plastik.

Bagi menjayakan visi Kuala Lumpur Zero Plastic Leakage by 2030, sangat penting untuk orang ramai memahami kepentingan pelan tindakan ini dan tanggungjawab mereka dalam menyumbang kepada usaha mengurangkan pembuangan sampah plastik, terutamanya.

Usaha ini merupakan usaha dalam memenuhi hasrat Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) bagi:

Matlamat 11 – Bandar dan Masyarakat Mampan;

Matlamat 12 – Penggunaan dan Pengualaran Bertanggungjawab

Matlamat 14 – Kehidupan Dalam Air

Besar harapan DBKL agar semua warga Kuala Lumpur dan pengunjung ke Kuala Lumpur untuk turut terlibat secara proaktif dalam menjayakan usaha murni ini.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …