190 LITER MINYAK PETROL BERJAYA DIPATAHKAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN KE NEGARA JIRAN

 

TANAH MERAH 12 Jun : Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menerima serahan kes daripada Batalion Ke 3 Rejimen Sempadan Kem Pengkalan Hulu, Perak berhubung penyeludupan barang kawalan di sempadan negara disini hari ini.
Rampasan telah dilakukan di Pengkalan Haram Pokok Besar, Bukit Bunga Tanah Merah, Kelantan keatas bahan bakar minyak petrol sebanyak 190 liter dengan nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM389.50 serta kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …