‘GENG PLASTIK IJA’ TERUS KOMITED MEMERANGI SAMPAH DI PANTAI

———————————————————————————————————–

BESUT, 12 JUN 2022

———————————————————————————————————–

Keindahan kawasan pantai sepanjang 244 kilometer di Terengganu yang berlatar belakangkan kepulauan Laut China Selatan sememangnya memukau setiap mata memandang. Namun pemandangan lautan biru yang mempesonakan itu ada kalanya dicacatkan dengan ‘kehadiran’ sampah-sarap di pesisir pantai, angkara sikap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati.

Kecewa dengan keadaan itu, ‘Geng Plastik Ija’ (GPI) (‘Ija’ bermaksud hijau dalam dialek Terengganu) yang antaranya adalah golongan profesional, sepakat mengambil inisiatif mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai serta pulau pada setiap hujung minggu.

Terkini, Geng Plastik Ija (GPI) Besut mengutip 256 kilogram sampah dalam aktiviti gotong-royong di Pantai Benting Lintang, Besut pada 10 Jun yang lalu. Program ini telah disertaiย  seramai 45 orang sukarelawan dan aktiviti ini dikenali sebagai aktiviti ‘plogging’ yang bermula jam 8 pagi.

GPI Besut menyasarkan aktiviti ‘plogging’ khusus di pantai-pantai dalam daerah Besut. dan dalam perancangan 2022 ini, GPI Besut akan bergerak ke tempat-tempat tumpuan pelancongan lain seperti air, terjun, tasik, lata dan lain-lain. GPI Besut juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti JPKK, sekolah, universiti, persatuan atau kelab komuniti untuk penganjuran program kutipan sampah.

Progrom sebegini adalah inisiatif GPI sendiri untuk menjaga alam sekitar, dan berharap semoga inisiatif ini mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat.Merekaย  yang berminat untuk menyertai GPI daerah masing-masing boleh mendapatkan maklumat pendaftaran keahlian melalui Penyelaras Daerah di Facebook Page ‘Geng Plastik Ija’ , juga untuk mendapatkan maklumat aktiviti seterusnya.

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

ย 


Artikel/Berita Terkini

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut