KERAJAAN NEGERI BELANJAKAN RM1.75 JUTA NAIK TARAF PUSAT PERANGINAN

 

KOTA DARULNAIM, 8 Jun 2022 – Bagi menarik pelancong domestik dan luar negeri, Kerajaan Kelantan telah membelanjakan RM 1.75 juta bagi tahun 2021 dan 2022 untuk menaik taraf kemudahan di beberapa pusat peranginan di negeri ini.
Antaranya ialah di Lata Kertas Dabong, Pantai Senok Bachok, Jeram Mengaji Pasir Puteh, Zoo Kuala Krai, Pantai Kuala Gel Melawi, Gua Neon Chiku 2 dan Turn Table Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai tinggalan sejarah di bandar Tumpat.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan YB Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman berkata, destinasi tersebut telah disediakan kemudahan seperti surau, tandas, tempat letak kereta dan kiosk perniagaan untuk memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.
“Kelantan mempunyai daya tarikan yang tersendiri dengan kurniaan alam semulajadi seperti pantai, lata dan gunung yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara. Justeru sama-samalah kita menjaga tempat-tempat yang menjadi lokasi viral seperti Jeram Mengaji dan lain-lain lagi agar ianya terpelihara sehingga ke generasi akan datang, Insya Allah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …