CABARAN BAKUL PENGGUNA BERSAMA KELAB PENGGUNA SEKOLAH

 

TANAH MERAH 11 Jun : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP Negeri KELANTAN bersama Gerakan Pengguna Daerah dan Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menganjurkan Cabaran Bakul Pengguna bertempat di Sekolah Kebangsaan Lawang, Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Objektif pelaksanaan bagi memberi pendidikan pendedahan kepenggunaan kepada masyarakat dan pelajar-pelajar mengenai Hak-hak Kepenggunaan yang diterapkan Kementerian.
Program Cabaran Bakul Pengguna Bersama Koperasi Pengguna Sekolah telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Bukit Bunga, YB. Dato Hj. Mohd Adhan bin Kechik dan turut hadir YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Tanah Merah.
Terdahulu peserta terpilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah iaitu seramai 20 pelajar telah menyertai Program ini dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi Cabaran ini.
Turut hadir bersama YBrs. Puan Siti Hajar wakil Seksyen Pendayaupayaan Pengguna dan Pegawai-Pegawai Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR BAGI PESAKIT KRONIK

Pesakit kronik memerlukan persediaan awal sebelum banjir. Ahli keluarga dan penjaga, jom semak keperluan mereka: ✅ Pastikan bekalan ubat mencukupi …

PENYELEWENGAN PENYEMBELIHAN AYAM ANCAM KESUCIAN MAKANAN HALAL

Isu penyembelihan dan pemprosesan ayam yang tidak mematuhi syarat halal bukan sahaja melibatkan keselamatan makanan, malah menimbulkan kebimbangan terhadap integriti …

TABIAT DAN LITERASI KEWANGAN KUNCI PERSEDIAAN PERSARAAN

Persediaan persaraan bukan hanya bergantung kepada tahap pendapatan seseorang, sebaliknya turut dipengaruhi oleh tabiat kewangan, literasi kewangan dan perancangan jangka …